Tuesday, July 5, 2011

Projek tukar Font....

Bila bosan menjahit ...mari kita main tukar-tukar font..he3

Friday, March 26, 2010

Seronok Pabila Kau Kaumiliki..

Petang ni mama mendapat penambahan gadget baru iaitu TAPAK HALUS MESIN JAHIT TEPI..Sangat gembira dapat memilikinya..tak payah bersusah payah dan membayar harga yg mahal untuk menjahit tepi halus..

Tapak mesin tu boleh ditukar-tukar mengikut kesesuaian....syokkk..

Lepas ni lebih mudahlah mama nak buat tudung untuk anak-anak..(Dalam kepala pun dah terbayang-bayang berbagai-bagai projek yg agak menarik untuk dicuba..)

Thursday, March 4, 2010

Senarai Projek Impian Hati 2010

Antara projek yang mama ingin buat tahun ni:-

1) Sarung tilam dan bantal (bilik budak perempuan) - dah siap
2) Bekas pensel roll ( 2pcs untuk setiap anak)- pun dah siap
3) Tudung sarung (nak buat bermacam-macam warna..) - dah separuh jalan..he3
4) Baju blouse
5) Baju kurung (untuk majlis kawen Cik Udin )- dah boleh start buat ok..
6) Baju kurung raya (lama lagilah..he3)
7) Langsir baru untuk ruang tamu.

Lain-lain angan-angan akan diupdate dari masa kesemasa..