Sunday, November 29, 2009

Mengodek-godek gadget ..

Malam ni rasanya puaslah mama mengodek (atau lebih mengodam ) blogspot yg sudah lama terbiar ni gamaknya.

Dah berhabuk..

Lama sungguh tak update blog ni...Actually blog ni mama nak menyimpan koleksi-koleksi hasil2 kreatif (yg tidak berapa kreatif pun dimasukkan juga kadang2..he3)

Masa cuti begini rasanya banyak aktiviti yg boleh dilakukan bersama anak-anak. Antara yang kami rancang nak lakukan bersama ialah seperti PROJEK MENGHIJAUKAN BUMI (so boleh tanam pokok2 yg dirasakan sesuai spt kacang botol,sawi dan pokok kunyit..).PROJEK CUPCAKES...(utk memberi peluang anak2 mencuba bakat terpendam).PROJEK MENGAJI (inilah masa yg sesuai utk melakukannya 2 kali sehari..)

Beberapa hari yg lepas kami sama-sama tengok movie Planet 51..PROJEK WAYANG..he3

Sunday, May 10, 2009

Hadiah dr Anak-anak..

Pemberian Amin untuk Mama...




Pemberian Zati untuk Mama

Pemberian Hani untuk Mama (cantik dihati mama..)


Sempena menyambut Hari Ibu..mama dapat ini dari Amin ,Zati dan Hani..



Thanks..Actually kalau tak dapat hadiah apapun mama tak kisah sgt sebenarnya..Yg penting mereka jadi anak2 yg baik dan mendengar kata mama..(itu sudah cukup bermakna)



Tapi kalau nak beri juga , mama still suke juga..(he3..mengada2lah plak..jual mahal sgt mama ni)



Bukan apa , takmo menyusahkan anak2 shj (mesti berhari menyimpan duit belanja sekolah...he3)






Selamat hari Ibu Semua...






Kata ayah ..setiap hari adalah hari ibu..sbb kena sentiasa ingat dan tunjukkan sayang pd ibu setiap masa..(Kembang kuncup hidung mama mendengarnya..)



Friday, May 8, 2009

Semangat menulis dtg kembali..

Memandangkan baru add nuffnang so ada semangat sikit..he3
Ada projek jahitan terbaru ni..Akan di add kemudian.
Harap dapat banyak rakan2 yang mempunyai minat yg sama..

Monday, April 6, 2009

MY NEW GADGET ....


Jangan bermimpi lagi…


Petang semalam ayah berkata kepada mama..”Jangan bermimpi lagi mama..sebab apa yang mama impikan sudahpun menjadi kenyataan..Terima kasih ayah kerana menjadikan impian mama satu kenyataan..

Impian mama ialah ingin memiliki mesin jahit tepi sendiri akhirnya tercapai..Mesin ini akan memudahkan mama untuk berinspirasi dan merealisasikan impian mama..

Tak sangka begitu besar mesin ni..berat pun ye.Jadi memang akan duduk disitulah buat selama-lamanya..Mama dapat mesin jahit Singer..(memang minat jenama ini, kerana dulu mak mama pun memiliki mesin jenama ini..).Semalam orang yg pasang mesin ada bertanya samada mama nak buat bisnes..Ayah pulak yg jawab “Manalah tahu satu hari nanti nak buat bisnes..Buat masa ni utk kegunaan family sahaja..InsyaAllah..(masin mulut hubby, pasti jadi kenyataan.)

Mama memilih untuk membeli jenis ini sebab lebih tahan lama (motornya tak cepat panas) dan InsyaAllah boleh dijadikan warisan kepada anak2 yg berminat nanti..

MORAL VALUE: Tiada salahnya bermimpi , sebab ianya selangkah tapak menuju kenyataan..

Sunday, March 15, 2009

Penulisan pertama dlm blog..

Dalam blog ini mama akan memuatkan segala usaha mama dlm berkreatif dengan bahan-bahan disekeliling..Samada dari sumber bahan lama atau baru..Wish me luck..