Monday, April 6, 2009

MY NEW GADGET ....


Jangan bermimpi lagi…


Petang semalam ayah berkata kepada mama..”Jangan bermimpi lagi mama..sebab apa yang mama impikan sudahpun menjadi kenyataan..Terima kasih ayah kerana menjadikan impian mama satu kenyataan..

Impian mama ialah ingin memiliki mesin jahit tepi sendiri akhirnya tercapai..Mesin ini akan memudahkan mama untuk berinspirasi dan merealisasikan impian mama..

Tak sangka begitu besar mesin ni..berat pun ye.Jadi memang akan duduk disitulah buat selama-lamanya..Mama dapat mesin jahit Singer..(memang minat jenama ini, kerana dulu mak mama pun memiliki mesin jenama ini..).Semalam orang yg pasang mesin ada bertanya samada mama nak buat bisnes..Ayah pulak yg jawab “Manalah tahu satu hari nanti nak buat bisnes..Buat masa ni utk kegunaan family sahaja..InsyaAllah..(masin mulut hubby, pasti jadi kenyataan.)

Mama memilih untuk membeli jenis ini sebab lebih tahan lama (motornya tak cepat panas) dan InsyaAllah boleh dijadikan warisan kepada anak2 yg berminat nanti..

MORAL VALUE: Tiada salahnya bermimpi , sebab ianya selangkah tapak menuju kenyataan..